Peace be upon you reader(s)!
Lepas komplen yang diri sendiri malas nak update blog, tiba-tiba spirit untuk update blog tu datang. Wah, kalau lah komplen dari dulu, mesti dah banyak entri saya post sepanjang cuti ni.
Nak cerita pasal impian ni sebenarnya. Impian masa depan! *nada serius*
Rasa macam baru je semalam main batu seremban bawah meja dekat sekolah - konon nak sorok barang larangan - dalam kelas dengan kawan. Rasa macam baru je semalam lawan dengan kawan tengok getah in-out siapa paling panjang. Waah, sekolah rendah memang saat yang worries-free.
Okay tiba-tiba rewind. Kata masa depan -,-
Lip lap lip lap, dah nak masuk kolej dah budak ni.
Hai! Saya bakal mahasiswi IIUM! (IIUM dengar macam WOW sikit, kalau UIAM macam err, ehe). Impian untuk jadi journalist sebenarnya mula dari darjah 3 lagi (melampau takkk). Ye, saya tahu budak-budak selalu nak jadi doktor, polis, bomba dsb tapiii, saya nak jadi wartawan :B Sebabnya, saya banyak cakap. Lepastu, rasa macam famous kalau dapat jadi pembaca berita. Kalau dekat TV3, lagi lagi Buletin Utama, pehhh memang terkenal lah. Tapi tu dulu.
Waktu form 3, nak jadi journalist yang tulis artikel dekat surat khabar tu. Time ni tiba-tiba ketagih baca novel, so minat nak tulis tu membuak-buak. NST ke, Star ke. Best nye! Ni semua gara-gara lelaki yang saya kagumi. Karya dia memanglah tersangat inspirational. Saya pun nak jadi macam hero dalam cerita Marley & Me. Dia ada column sendiri dalam paper. Lepastu, nak cut out semua artikel, buat scrapbook. Syok nye! Lagipun, inspirational writings bukan boleh bari inspirasi dekat orang lain je, diri sendiri pun secara tak langsung akan ter-motivasi jugak :) Waktu ni, memang dah set nak pursue Mass Communication :)
Tiba-tiba.. ada sorang pakar psikologi ni - let's call him Dr. A - bagi talk dekat satu program tu. Baru lah tahu yang Mass Comm tu ada banyak cabang dia (ya, saya sangat cetek dalam bab ni. tahu satu benda malas nak explore). Since then, rasa nak jadi Public Admin pulak - ye, bukan journalism tapi public relation. Sebabnya, seronok dapat berkomunikasi dengan orang lain. Lagi-lagi lepas ada brother tu bagitahu kalau public relation ni, boleh jadi duta XD Bahagia nye!
Tapi apa-apa pun, kalau tak word hard, melayanglaaa impian ni ha. So, sila work hard ye Amirah.
Tanpa keberanian, mimpi tidak bermakna! XD -Soal Hati.
Regards,
Amzyami.

No comments:
Post a Comment