Enam tahun lepas, kami ke sana. Menetap di sana, selama dua tahun. Tanpa ayah, tanpa kakak-kakak. Hanya ibu, saya, dan dua orang adik.
Thorn amongst roses, my hero.
"Untung lah dapat duduk sana! Dekat dengan 'tempat itu'! Satu jam je kan perjalanan?"
Alhamdulillah, memang beruntung. Peluang yang sekarang ni saya rasa menyesal sangat sebab tak hargai betul-betul waktu tu. Waktu tu, usia cuma 13. Ilmu tak banyak. Fikir nak berseronok aja. Mula-mula, memang rasa 'ruh' duduk situ, lagi-lagi bila pertama kali pergi 'tempat itu'. Pertama kali nampak benda yang seakan-akan kotak hitam tu. Allahu Rabbi, perasaan tu segarrr lagi dalam ingatan. Tapi, makin lama, pergi 'tempat itu' kira adat. Pergi 'tempat itu', tapi tengok sinetron, pergi funfair, tidur, shopping, cuci mata. Astaghfirullah. Peluang untuk melaksanakan salah satu ibadat fardhu juga ada, telahpun ditunaikan. Tapi, akhlaq sekarang tak menggambarkan apa yang telah ditunaikan. Macam mana ni? Mabrur ke tak? Wallahua'lam.
"Duduk dua tahun kan? Mesti pandai cakap bahasa diorang!"
Eh tak. Sangat salah andaian yang macam ni. Kalau cakap pun, bahasa yang sangat pasar orang sana pun tak faham, haha. Yang saya belajar di sekolah, adalah bahasa baku, bahasa buku teks. Yang digunakan sebagai bahasa perantaraan di sana, adalah bahasa pasar, bahasa instant messaging. Adalah beberapa perkataan yang faham. Tapi sungguh, saya tak reti nak bertutur dalam bahasa itu. Di universiti yang saya belajar sekarang, saya akan gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk bertutur dalam bahasa itu secara fasih. Ironi, bukan? Dekat tempat orang tu, bukannya nak belajar. Dekat tanah air sendiri juga nak belajar. Mengada-ngada.
"Ramai ke Malaysian dekat sana?"
Ramaaaaai! Cumanya, saya tak bergaul dengan orang kedutaan sangat. Walaupun kami satu sekolah, tapi Ummi nasihat, jangan rapat sangat. Ya lah, waktu tu umur di tahap kemuncak untuk cari identiti. Betul, cuba Google Erikson's Psychological Development. Waktu macam ni lah, kita sibuk nak tiru orang. Jadi, kalau saya rapat dengan anak-anak embassy, Ummi takut saya akan jadi macam mereka. Jadinya, saya berkawan dengan jiran terdekat, Najwa; dan "new girl" Nazirah. Serta, Amal yang sekarang ni dah ada anak dah pun tapi umur baru 21. Sebab waktu ni adalah dalam proses pencarian, saya juga berkawan agak rapat dengan tiga orang budak lelaki. Diorang ni, kawan baik semenjak diorang lahir lagi! Okay kagum sikit.
"Sekolah macam mana?"
I went to *insert name of place* Preparatory and Grammar School. That very place opened my paradigm on how I view things... okay berhenti membajet. Sekolah tu, antarabangsa. Jadi, bukan semuanya faham bahasa kita. Bukan semuanya muslim. Bukan semuanya faham. Ada muslim tanya saya, kenapa saya bertudung. Oleh kerana waktu tu masih hingusan, jawapan yang paling selamat adalah "I don't know, because I have to!". Cuba kalau orang tu tanya sekarang, agak-agak nak jawab apa? Hm. *Fikir panjang*. Dekat sekolah tu, saya pendiam. Serius. Mungkin sebab dah jadi pendiam dua tahun, tahan lama sangat so bila balik tanah air semua tu diluahkan, sampai jadi bising dan banyak cakap macam sekarang. Hm. Mungkin. Oleh kerana saya pendiam, saya tak bagitahu ramai orang yang saya nak pindah. Tapi, saya terharu waktu hari terakhir dekat sekolah tu, ramai yang sedih dan marah. Marah, sebab saya bagitahu last minute. Sedih juga waktu tinggalkan diorang. *Sobs*
***
Saya cerita benda ni bukan sebab apa, saya tiba-tiba teringat waktu itu. Kalau lah saya pandai nak menghargai waktu tu. Saya rindukan tempat itu. Saya rindukan semua yang ada di sana. Saya tak sabar, untuk menjadi tetamu di sana lagi :)

alhamdulillah, seronoknya ada pengalaman menetap di sana. seronoknya dua tahun terus terus menjadi tetamu Allah. tak semua org begitu.
ReplyDeletedan mungkin, musafir kali kedua nanti, dapat tebus segala rindu dan betul2 m'hargai peluang-m'jadi-tetamu-Allah tu.
org akan rindu kita bila kita rindu dia, Allah lebih rindu kita bila kita rindu dia. :)
[s]