• a m z y a m i •: Pandang belakang, dan tersenyum.

Disclaimer.

I tend to write for fun. There's no specific theme for this blog, thus the entries are vary. Some entries may be personal, some may not. But since I post them up publicly I guess that makes no difference.

Writing, is a way of expressing. This medium let mute people speak their minds. This medium let those with low self-esteem to be outspoken. This medium let those who endure every pain to release their tense.

Regards,
SA.

20120613

Pandang belakang, dan tersenyum.

Kelakar, kan?
Bila kita tengok, dekat sana, si A, berlawan kata dengan si B, semata-mata nak buktikan yang ninja lagi hebat daripada samurai.

Kelakar, kan?
Bila kita tengok, dekat sana, si C, sanggup bayar ribuan ringgit, semata-mata nak tukar rumah sewa. Sebelah si C, nampak pula si D, tak habis-habis marah adik kecil E yang tak sengaja pijak kain baju kurung dia.

Kelakar, kan?
Bila kita tengok, dekat sana, si F, walaupun dia cuba berselindung dan menafikan perbuatan dia tu, tapi apa yang dia buat tu nampak sangat nak menarik perhatian si G.

Kelakar, kan?
Bila kita tengok, dekat sana, si H, bila diberi soalan 2 tambah 2 darab 2, jawabnya 8. Bila ditanya apakah itu Darwinism, boleh pula jawab survival of the fittest.

Kelakar, kan?
Bila kita tengok, dekat sana, si I, walaupun dia tahu dia kena bersungguh-sungguh, kerja keras untuk capai cita-cita dia, tapi... dia tetap malas.

Kelakar, kan?
Bila kita tengok, dekat sana, si J, walaupun pernah kerja dengan K, L, M & N dalam satu kumpulan untuk presentation, tapi tak pernah tahu nama penuh masing-masing.

Kelakar, kan?
Bila kita tengok, dekat sana, si O, walaupun pernah berlagak sombong taknak kenal si P, tapi bila duduk berjauhan si O ni yang asyik terfikirkan si P. Si P ni watlek je.

Kelakar, kan?
Bila si Q & R ni, dekat sana, dua-dua, berkawan rapat, sebab dua-dua ada satu persamaan. Dua-dua minat dekat si jejaka S, dan cakap yang S lebih kacak daripada T.


Tapi. Tak semua benda dekat sana kelakar.

Ada juga, nilai-nilai islam. Nilai-nilai kemanusiaan. Nilai-nilai murni. Permata-permata yang jauh lebih terserlah daripada kaca.

Islamicization, Integration, Internationalization dan Comprehensive Excellence katanya.

Dekat sana, U lebih kenal Tuhan. U yang dulunya tak bertudung, berkain pendek menampakkan betis, akhirnya bertudung, berseluar panjang, berbaju labuh lengan panjang. Alhamdulillah.

Dekat sana, V dapat bina keyakinan untuk bertutur dalam bahasa inggeris. Walaupun pada asalnya, rakan sekelas dia dipandang serong kerana speaking 24 jam. Hatta di luar kelas.

Dekat sana, W dapat ramai kenalan baru. Yang ada latar belakang 'hitam', yang ada latar belakang 'putih', yang ada latar belakang seperti pelangi. Setiap perkara kecil dikongsi.

Dekat sana, X belajar erti ketabahan. Nak memperluas fikrah yang ada, tak mudah. Nak bergerak seorang, tak mudah. Tapi X tak pernah faham makna putus asa. Maka dia jadi makin tabah.

Dekat sana, Y makin kenal mana satu madu, mana satu hempedu. Benteng antara perempuan dan lelaki diperkukuh. Walaupun benteng tu selalu goyang, tapi benteng itu dijaga rapi agar tak runtuh.

Dekat sana, Z sedar, bahawa, ada ramai yang menyokongnya. Z berjaya tempuh segalanya, sebab Z tahu, walaupun Z jatuh 9 kali, Z mesti bangun 10 kali!

***

SA rindu, persekitaran 'dekat sana'. SA belajar tentang manusia. Manusia ni, selalunya diluar jangkaan. Masing-masing kata dia hebat. Masing-masing kata dia bukanlah sama macam orang lain. Itu yang menarik.

Lepasni, SA akan teruskan perjuangan. Kalau 'dekat sana' yang dimaksudkan cumalah pagar taman yang indah, lepasni SA dah boleh masuk, duduk atas taman yang indah tu. Tapi SA kena hati-hati. Looks may be deceiving. Medan makin besar. Tanggungjawab makin berat. Ya, SA sedar yang itu. SA makin dewasa. SA akan jadi 19 tahun ni. Walaupun tak ada lah dewasa mana, tapi ye lah, nombor tu akan bertambah dan bertambah.

Sampailah, nadi ini berhenti berdenyut.
Sampailah, malaikat maut datang menjemput.

No comments:

Post a Comment