Salam aman & hai kawan-kawan!
Akhirnya, setelah setengah tahun belajar (jauh) di Nilai, setengah tahun belajar (makin dekat) di PJ, kini SA belajar di (terpaling dekat) Gombak!
At first memang agak poyo dan bajet konon-konon dah biasa dengan selok-belok kampus, sebab waktu sekolah dulu, kalau nak buat bengkel ke, iktikaf ke, jogathon ke, sukan ke, mesti dekat UIA. Rupa-rupanya, pehhh, banyak lagi yang perlu diterokai. Nak ke kelas sesat, nak ke department sesat, nak ke admin building sesat, nak ke rectory pun boleh sesat. Ya, first week of studying (tak termasuk Taaruf Week) memang belajar selok-belok kampus secara teliti.
Dulu, pergi LT 1 untuk bengkel BM. Sekarang, pergi LT 1 untuk Critical Thinking. SA dah dewasa :')
First week juga dipenuhi dengan sesi patah hati, frust menonggeng dan kecewa dengan sesi Add & Drop. Cuba bayangkan, core subjects yang HS students wajib ambil sebenarnya adalah elective subjects untuk BENL, BAR & IRK students (let's call them subjek Intro). Ha, dah lah kuliyyah ni paling ramai orang, semua nak berebut ambil 5 core yang section pun sikit yang open tu. Punyalah mandi peluh penat lelah terkejar-kejar ke bilik lecturer untuk minta masuk kelas dia. Memang frust habis lah sebenarnya, pasrah dan redha. Sebab, kita dah berusaha, tapi kalau banyak section dah full, dah tanya lecturer diorang pun taknak tambah students, kita nak buat macam mana? Semester depan ada lagi, lekluuu. Tapi, waktu ni, memang fikir kalau extend satu sem pun extend lah, tak kisah. Yang penting, ilmu tu kita dapat.
Tapi, alhamdulillah, Allah dengar rayuan hamba Dia yang hina ni, alkisah seorang senior tiba-tiba tanya nak ambil tak satu subjek Intro. Tuptup, time dia memang waktu schedule tengah free. Rezeki Allah bagi, takkan nak tolak kan? Waktu ni, betul-betul rasa yang Allah balas doa waktu tu juga. Mungkin ni yang Madam Isfadiah rasa waktu dia cerita dalam kelas Intro to IRK dekat PJ dulu. Memang bersyukur sangat. Memang time tu juga sujud. Rasa macam, Allah balas doa on the spot. Huuuu seronok!
Ini lah pengalaman pertama SA buat Add & Drop sebenarnya, sebab waktu dekat CFS dulu memang ikut study plan yang mereka kasi, ikut jari telunjuk je hihi. Jadi, sedikit tips untuk kawan-kawan SA yang nak enroll bulan Februari 2013 (walaupun macam agak awal tips ni ye tapi biaq pii), sila peka dengan tarikh prereg kalian. Kalau prereg 10 Januari, 10 Januari pukul 6 pagi lagi awak register cepat. Kalau awak register pukul 11 pagi pun dah dikira lambat. Silap-silap, sections closed, sections closed & no available sections! Ha k itu pengalaman kepatahan hati.
Itu sahaja cerita serba ringkas daripada Siti Amirah. Terima kasih!
No comments:
Post a Comment