"Tutti, Bree bising.", saya mengadu pada kakak.
"Tutup lah pintu, biar dia duduk luar."
"Tutti, Bree masuk ikut pintu tandas -_____________________-"
"Kunci lah dua-dua pintu. Nak tidur pun payah."
So, kami pun kunci dua-dua pintu. Bree tidur luar. Selalunya, dia memang tidur luar. Tapi, malam tu, bising dia lain macam. Masuk bilik, meng-meow sana sini, masuk dekat tempat beg, masuk bawah katil. Kitorang takut dia 'buang' je sebenarnya -__-. Tee kata, Bree macam nak cakap something. Biasalah, haiwan kan ada sixth sense. Tee dah terbayang ada pencuri ke, rumah runtuh ke. Saya pula, dah terbayang makhluk lain.
"Tee. Nak tidur sama." Luls.
"Tak payah."
Lepas kunci pintu, 5 minit Bree bising, 5 minit Bree diam. 5 minit lepastu bising balik, then diam. Kira sebab Bree bising malam tu, dalam pukul 4 juga lah tidur (ceh padahal memang circadian cycle dah lari).
Tuptup, keesokan harinya. Bangun-bangun, keluar bilik. Pergi dapur, cari makanan. Haha! Lepastu pergi ruang tamu. Abah tengah duduk main laptop.
"Abah dengar macam ada bunyi anak kucing dekat belakang sofa ni."
"SERIOUS?!" *Lari pergi tengok belakang sofa*
Okay sebenarnya kalian harus membayangkan sofa yang dekat corner rumah, dia bukan macam bersegi. Dia curved. And, sofa ni dah tak ada orang duduk. So tempat dia depan stor. Dekat belakang sofa tu pula, ada plastic container.
Maka Siti Amirah pun angkat tutup container tu.
"Abah, takda pun."
"Abah silap dengar kut."
Lepastu kami beristirehat macam biasa. Tiba-tiba dengar bunyi suara anak kucing. Kalini, Tutti pula check.
"Eh Bree dah beranak lah!"
Maka, itulah saat kami semua sedar Bree dah selamat melahirkan tiga ekor anak. Nama diberi seminggu selepas kelahiran (okay ini serius!). Seekor LOL, YOLO dan LMAO.
Saat itu juga lah, lepas Ummi kata yang Bree endure semua seekor-seekor, saya & Tutti sedar, waktu malam yang dia bising tu sebenarnya dia tengah contraction. Kejam sangat lah kami sebab pergi layan dia macamtu padahal dia nak bersalin T_T Cuba bayangkan nanti kalau kita yang nak bersalin, orang ingat kita annoying lepastu kena kurung dekat luar T____________T Okay imaginasi terlebih sikit.
Kisah Bree mengajar saya. Dia kucing muda. Waktu dia pregnant, kawan-kawan usrah Ummi pun kata kisah dia macam budak-budak Raudhatus Sakinah lol. Bila tengok sekarang, dia jaga anak-anak dia, dalam usia dia yang muda tu, bukan something yang senang. Nampak dia penat. Bree tak sempat nak menikmati masa muda dia.
Ummi selalu cakap dekat Bree waktu tengok dia bunting dulu, and sekarang lepas tengok Bree penat susukan anak-anak dia.
"Tu lah, gatai nak cari kucing jantan lain. Ni, semua awak kena tanggung sorang. Bukan tak sakit, sakit tu tau."
Jadi, yang nak kahwin awal tu, sila fikir banyak kali. Kalau memang dah bersedia, lain cerita lah. Tanggungjawab besar tu.
mireeeeeeeeeer !
ReplyDeletekesiannya breeeeee !
ahaks mesti cumel 3 ekor tu kan ?
bestnya bestnya bestnya
Haha tu ah, kitorang kurung dia waktu dia perlukan kitorang. Entah-entah dia berdendam -______- Tiga ekor tu comeeel sangat berbeza dgn Bree yang tak-berapa-nak-lawa. Haha dah lah kaler lain-lain! XD
ReplyDelete